IPOH: Seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 bulan terbunuh selepas tercampak dari kereta yang dinaiki apabila terbabit dalam kemalangan di Kilometer 203.8 Lebuhraya Utara-Selatan dekat Kamunting, awal pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Yusof Mohd Diah, berkata kejadian berlaku pada jam 3.20 pagi ketika kanak-kanak itu, Mohamad Fiffy Furqan Mohd Fahmi, yang berasal dari Jitra, Kedah, menaiki kereta bersama keluarganya dalam perjalanan pulang dari Kuala Lumpur.

Akibat kejadian itu, kanak-kanak itu mengalami cedera parah di kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian. Mayatnya dihantar ke Hospital Taiping untuk bedah siasat.
Yusof berkata, ibu bapa mangsa dan dua kakaknya masing-masing berusia lima dan tujuh tahun hanya cedera ringan, manakala pemandu dan tiga penumpang kereta Perodua Viva turut mengalami cedera ringan. Mereka dirawat sebagai pesakit luar di hospital yang sama.
Pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat turut dikejarkan ke tempat kejadian untuk mengeluarkan kesemua mangsa yang tersepit, katanya.
No comments:
Post a Comment