Wednesday 17 October 2012

Saat Getir

Assalamualaikum .

  Hi semua .da bape hari tak update belog kan .. petang ni gagahkan diri untuk sign in belog nak bg taw readers yang wany tak lame lg akn menduduki ExamMmM .. bukan akhir tahun taw tp stpm taw taw..actually cm tak biasa nagn sistem form six yang baru nie,tp nie salah satu jalan utk mase depan kan .?

   Hmm .. 'peperiksaan' huhu baku lak .kalau sistem pembesar kat China ..peperiksaan penting kan ? utk diorang keja mase depan diorang,kekayaan n life yang baik .Macam tue jugak wany.Semoga pilihan yang wany buat ne bukan satu kesilapan .

   Bagi semua yang sebaya ngan wany,nak STPM tue..sama2 ita saling mendoai ok,semoga waktu peperiksaan nanti ditrgkan dkuatkan daya fikiran,d'terangkan hati .Paling penting sentiasa mendekati Allah SWT ok . Jgn masa pekse jer .. hari2 seterusya yang akan mendatang .. Da bedoa,jgn lupa taw utk usaha dan seterusya Tawakal :D

    Semoga segala usaha kita d'berkati Allah,dan hasrat untuk mmbahagiakan kedua2 ibu bapa dapat d'realisasikan ..

Jangan lupe sentiasa mmperbaiki diri kita jugak :)
Hanya perkongsian bersama ..


Thanks for reading our entry 
wish me luck 

Thursday 11 October 2012

Sekali lagi




Assalamualaikum .

Selamat malam semua . Malam nie nak post entry pasal ibu sekali lagi. sebelum nie Wany penah post cerita nie .Tapi nak post sekali lagi . Semoga kita selalu ingat siapa yang banyak berjasa dengan kita dari kecik sampai bEsar :) Amin . .






      Ini kisah sedih seorang ibu. Takkan ada seseorang lain yang akan dapat menggantikan tempat seseorang ibu di dunia ini. Ni cerita lama. Aku saje je cerita semula kisah yang sedih ni. 
Cerita ni dalam bentuk luahan hati seorang anak yang kesedihan akibat kelalaian atau dengan kata lain kederhakaannya kepada seorang ibu!
Cerita si anak.....

      Ibuku buta sebelah mata! Aku benci ibuku.. Dia amat memalukanku! Tugas harian dia ialah memasak untuk pelajar dan guru untuk menyara keluarga kami.
Pada suatu hari semasa di sekolah rendah, ibuku datang ke sekolah untuk bertanya khabar.
Aku sungguh malu. Mengapa dia sanggup melakukan ini kepadaku?! Aku tidak pedulikan dia dengan menunjukkan wajah benci kepadanya dan terus lari.

      Keesokan harinya salah seorang rakan darjah berkata, "EEEE, ibumu hanya ada satu mata!" Ketika itu aku hanya ingin membenamkan diriku. Aku juga mahu ibuku hilang dari hidupku! Oleh itu aku berjumpa dengannya dan berkata, "Jika engkau hanya mahu menjadikan diriku bahan ketawa, alangkah baiknya kalau kau mati saja?!!!"
Ibuku hanya berdiam diri!!!

     Aku tidak pun sejenak berhenti dan berfikir akan apa yang telah aku katakan kepadanya kerana aku tengah marah ketika itu.. Aku langsung tidak peduli akan perasaannya..
Aku ingin keluar dari rumah itu.. Oleh itu aku belajar bersungguh-sungguh dan akhirnya dapat melanjutkan pelajaran ke Singapura. Kemudian aku berkahwin. Aku membeli rumah sendiri dan mendapat anak. Aku amat gembira dengan kehidupanku.

     Suatu hari ibuku datang menziarahiku. Sudah lama dia tidak berjumpa denganku dan tidak pernah berjumpa cucunya!. Bila dia berdiri di depan pintu rumahku, anakku mentertawakannya... Aku menjerit kepadanya, "Sanggup engkau datang ke sini dan menakutkan anakku!"KELUAR DARI SINI SEKARANG!!!
     
     Dengan pantas ibuku menjawab "Maaf, Saya tersilap alamat" dan terus menghilangkan diri.
Satu hari surat jemputan untuk perjumpaan pelajar-pelajar lama sampai ke rumahku.. Oleh itu aku telah memberitahu isteriku yang aku akan pergi untuk urusan perniagaan..
Selepas perjumpaan itu, aku telah pergi ke rumah usang ibuku hanya untuk ingin tahu!!!. Jiran memberitahuku yang ibuku telah meninggal.. Aku tidak menitiskan setitik airmata pun!!
Jiran itu telah menyerahkan kepadaku sepucuk surat yang ibuku ingin aku membacanya..

"Anakku yang dikasihi, Ibu selalu teringatkan kamu setiap masa.. Ibu minta maaf kerana datang ke Singapura dan telah menakutkan anakmu. Ibu gembira kerana kamu akan datang ke perjumpaan pelajar-pelajar lama.. Tetapi ibu mungkin tidak dapat bangun untuk berjumpa denganmu. Ibu minta maaf kerana sentiasa memalukan kamu semasa kamu sedang membesar.
Kamu mungkin tidak tahu.. Semasa kamu masih kecil, kamu telah mendapat kemalangan dan hilang satu mata... Sebagai ibu, aku tidak sanggup melihat anaknya membesar dengan satu mata... Oleh itu.. Aku memberi salah satu mataku kepada kamu.. Aku amat berbangga kerana anak lelakiku dapat melihat dunia ini dengan mata ibumu ini..
..Dengan kasihku kepadamu.. ..IBUMU.."


Sabda Rasullah Shallallahu `alaihi wasallam: Dia memberitahu kamu supaya taat kepada Allah dan RasulNya sentiasa. Selepas itu taatlah kepada ibumu kemudian ibumu kemudian ibumu kemudian ayahmu !

        

Tuesday 9 October 2012

Kekal Cantik dengan Buah-Buahan | Dara.com

Assalamualikum .

Salam petang semua,hah baru-baru nie wany ada t'bace artikel kat Dara.com EDISI 124 OKT 12.Muke depannya d'sinari oleh dokter blogger kite yag chantek dan molek >.< nak taw sape tak? jeng..jeng..jeng...jom terjah ini belog keyh..tgok taw taw .


Entry nie tak bermaksud ape-ape cume nak kongsi pengetahuan yang wany dapat je dari dara.com.Pada yang tak pernah belithis book..terjah2 la erk,sangat bermanfaat taw..untuk bulan nie kandungan dalam dara.com sangat2 best..

Hanya RM 5.00 (Semenanjung Malaysia)


Untuk korang yang gemar mgayakan shawl o anything,Dara.com bulan nie,fesyen shawl nya sangat-sangat menarik !

Jom kekal Cantik :D

Buah-buahan sebenarnya mampu dijadikan sumber untuk meyerlahkan penampilan yang menarik selain mampu menjadikan badan kita sihat 

Kandungan vitamin dalam setiap jenis buah mmbolehkan bukan shaja myerlahkan kecantikan,malah mengubah struktur kulit anda lebih segar,berseri dan anjal.Malah harganya lebih murah :)

1Buah: Epal,Anggur,Buah Ara,Prun,
Jambu,Kismis
(Khasiat : Serat)
Khasiat serat d'percayai mampu mmbantu anda melawan pyakit kanser,menurunkan tahap kolestrol.Anda juga boleh berdiet dengan buah-buahan ini.

2 Buah:Mangga,Tembikai,Betik,Strawberi,
Nenas,Kiwi da buah-buahan Sitrus
(Khasiat:Vitamin C)
Ramai wanita yang mjage kulit mereka gemarkan buah-buahan yang mpunyai vitamin C.Bukan sahaja kcantikan,malah buah-buahan yang mgandungi vitamin C mampu memulihkan dan menambah tisu badan slain mmntapkan imunisasi.Simtop seperti lemah otot,kesan lebam,gusi berdarah dll

3Buah:Kismis,Aprikot,Pisang,Avokado,
Strawberi,Mangga dan buah Ara
(Khasiat:Potasium)
Khasiat potasium nie baik dalam mgekalkan tahap air dalam badan.Manakala asid dalam sel tisu juga membantu menguatkan otot.Simptom seperti darah tinggi,diabetes,dan lemah memori.

4Buah:Pic,Buah Ara,Pisang,Buah Tamar (KURMA)
,nENAS,Avokado,Limau Mandarin
(Khasiat:Protein)
Anda perlu mmplbagaikan lagi jenis makanan yang d'ambil untuk mnanbah kandungan protein dalam tubuh badan.Sumber protein sangat baik dalam mgatasi masalah kguguran rambut,pening kepala,kesukaran untuk tidur mahupun kulit kering.Lebih myeronokkan,anda boleh meyediakan salad sbg makan gantian untuk snek .

5Buah:Tembikai susu,
Aprikot,Pisang,Keledek,Labu dan Pic
(Khasiat:Vitamin A)
Bagi sesiapa yang mudah d'jangkiti penyakit..hah ! meh nak bg taw siket..pgambilan buah-buahan yg mgandungi Vitamin A mrupakan jalan penyelesaiannya.Terutamanya untuk mereka yg mmpunyai rabun mata (rabun malam terutamanya).Untuk lebih mudah anda boleh memilih buah-buahan yang berwarna merah,oren atau kuning kerana kandungan KARTENOIDS d'dkmnya mmpu bertukar kpd vitamin A aktu proses pghadaman.

Semoga entri petang ini,begune :)

tHAnks sudi bace !

Monday 8 October 2012

Dalaman seorang pelajar

Assalamualaikum .

      Hello readers ! how old are u??? hahaha ! okey fine,kite streeeeet to the point jerrrrrrr.....

     First sekali,sbanarnya takde ape yang nak d'tulis pon..actually dalam otak saya nie kosong ..kosong -.-' hmm..walaupun otak suda kosong tetap sign in blog and then klik new post n taip keyboard lelaju padahal tak taw nak tulis ape pon..heheh...

    Bagi dorang yg da further study msti tgh sibuk final exam la,trial la..o watever yg s'angkatan dgnnya !! >.< kate orang,memang belajar ape pon susah smstinya kan kan?? tp kadang2 sbanany hidup penuh dgn k'pningan kan?? mase sekolah penad nak blaja,bile da masuk U pon susa..belaja jugak..keje pon same..lagik pening nak cari duet..da kawen lagik susah ! hehe (da laen da nie ) closed abaout married haha !

    Okey,sebnarnya worry sangat pasal STPM tak lame lagik nie,sangat sangat hampir rasenya,bagai menunggu pinangan anak raja ! hahaha .okey exam around corner je...around corner taw ! taw tak ? Dalaman sorang plajar mstilah nak blaja pandai pandai dan boley jawap pekse dengan Excellent kan?mmg lh sape yang tanak -.-'

     Jadik,ni merupakan tarikh dimana saya akan menduduki sijil pinangan saya 

5/11/2012 - 8/11/2012

kan da cakap tadi around corner jer,tak caye..tapi dok sbok smpat b'facebook,blogger,skype (ad tp xtawu nak gune) n twitter (walaupon takde) :D

         Kepada kakak,adek,abang,nenek,atuk,mak dan s'angkatan dgnnya,semoge dapat mdoakan wany agar d'permudahkan sgale urusan dlm mduduki sijil pinangan akan datang nie yer..doa an juge kebaikkan untuk kawan2 taw . :)


                          tolong bace an doa nie boley?hehe



thanks sudi bace entry nie !
thanks jugak doa a kejayaan wany !

Sunday 7 October 2012

Cinta 'Sejati' kerana Allah

Assalamualaikum .

Bukan mudah mencari keikhlasan cinta kerana Allah SWT.Namun harus tetap berusaha kearah memiliki cinta sejati.Jangan pernah mengenal putus asa.Biar berkali-kali terluka percayalah akan ada kebahagiaan yang muncul kelak !
Here..ade pekara yang mampu mmbuat pembaca Pinkputeh tersenyum :D




Syarat-syarat taubat:

1- Ikhlas ingin bertaubat.
2- Tidak akan mengulangi perbuatan dosa itu lagi.
3- Menyesal atas perbuatan yang telah dilakukan.
5- Harus mempunyai tekad di dalam hati tidak akan melakukan dosa itu untuk   selama-lamanya.
6- Dikerjakan sebelum ajal tiba.

RINGKASAN TATACARA MENGERJAKAN SOLAT TAUBAT
Rakaat Pertama

1) Berniat di dalam hati untuk mengerjakan solat Taubat
2) Takbiratul Ihram
3) Doa Iftitah
4) Membaca surah al-Fatihah
5) Membaca Surah dari al-Qur’an
6) Rukuk
7) Iktidal
8) Sujud
9) Duduk antara dua sujud
10) Sujud kali kedua
11) Bangun untuk rakaat kedua

Rakaat Kedua

1) Ulang seperti rakaat pada pertama dari nombor (4) hingga (10)
2) Duduk untuk tahiyyat akhir
3) Memberi salam ke kanan dan ke kiri
Selagi masih sempat bertaubat sebelum terlambat lakukan segera mungkin hari ini hari terakhir kita.


Solat ini dilakukan sebagai tanda kita bertaubat kepada Allah. Tiada waktu yang tertentu ditetapkan, boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja apabila seseoarng itu rasa menyesal dan ingin bertaubat kepada Allah. Seelok-eloknya setelah kita melakukan istighfar, munajat, muhasabah diri...dan bertaubat kepada Allah di tengah malam yang sunyi.. kemudian disusuli dgn solat tahajjud dsb...

Digalakkan utk dilakukan dalam bulan-bulan haram iaitu Muharram, Rejab, Syaaban dan Ramadhan. Boleh dilakukan sebanyak 2 rakaat .Lafaz Niat :

صَلِّي سُنَّةَ التَوبَةِ رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ

Sahaja Aku solat sunat taubat 2 rakaat kerana Allah SWT.Setelah membaca surah al-Fatihah, bacalah surah al-Kafirun di rakaat pertama dan di rakaat kedua pula Surah al-Ikhlas sebanyak 3 kali.

Doa Sujud terakhir rakaat kedua.

لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنْ الظَّالِمِينَ. فَاغْفِرْ لِي فَإِنَّهُ لَا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا أَنْتَ
Tiada Tuhan melainkan Engkau, sesungguhnya aku telah menzalami diriku sendiri dengan kezaliman yang banyak.
Maka tiada siapa yang dapat mengampuni dosaku melainkan Engkau

Istighfar-Istighfar

1. 100 kali
أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ الْعَظِيمَ الَّذِي لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ الْحَيَّ الْقَيُّومَ وَأَتُوبُ إِلَيْهِ
Aku memohon keampunan Allah yang Maha Besar, tiada Tuhan melainkan Allah, Dialah yang Maha Hidup, Maha berdiri sendiri dan aku bertaubat kepadaNya.

2. Tiada had
لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ الْعَظِيمِ
Tiada keupayaan (untuk mentaati perintahMu) dan tiada kekuatan (untuk menjauhi laranganMu) melainkan dengan keizinan Allah yang Maha Besar.

3. Ataupun dengan istighfar dan taubat yang ringkas ini
اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي وَتُبْ عَلَيَّ
Ya Allah, ampunilah aku dan terimalah taubatku.

Doa Taubat


أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ الْعَظِيمَ الَّذِي لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ الْحَيَّ الْقَيُّومَ وَأَتُوبُ إِلَيْهِ تَوْبَةٍعَبْدٍ ظَالِمٍ لاَ يَمْلِكُ لِنَفْسِهِ ضَرًّا وَلَا نَفْعًا وَلَا مَوْتَا وَلَا حَيَاةً وَلَا نُشُوْرَا
اللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّي لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ خَلَقْتَنِي وَأَنَا عَبْدُكَ وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ أَبُوءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ وَأَبُوءُ لَكَ بِذَنْبِي فَاغْفِرْ لِي فَإِنَّهُ لَا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا أَنْتَ

Waktu melaksanakan taubat :

Waktu di lakukan – bila-bila masa merasa telah berbuat dosa (kecuali waktu makruh tahrim utk melakukan solat)*. Sebaik-baiknya 2/3 malam (pukul 2 pagi ke atas), semasa Qiyamullail.


dan waktu tak boleh laksanakan solat sunat adalah:
Fuqaha Syafi’iyah berpendapat bahawa makruh tahrim hukumnya melaksanakan sembahyang sunat tanpa sebab, dan sembahyang itu dipandang tidak sah jika dilakukan dalam lima waktu berikut:

1. Selepas sembahyang Subuh yang dilaksanakan secara tunai (bukan sembahyang qadha’), hingga matahari menyingsing sepenggalah.

2. Ketika matahari terbit hingga menyingsing seperti galah.

3. Selepas melakukan sembahyang Asar yang dilaksanakan secara tunai sekalipun ia dijamak dengan Zuhur pada waktu Zuhur (jamak taqdim).

4. Ketika matahari berwarna kuning, hingga terbenam seluruhnya.

5. Ketika matahari benar-benar berada di atas kepala (di tengah-tengah langit) hingga gelincir ke Barat. Kecuali waktu Istiwa’ (matahari berada di tengah-tengah langit pada hari Jumaat.

p/s semoga kita sama2 dapat manfaat kan amalan nie :)

Saturday 6 October 2012

SAHABAT SEJATI | Secebis Nasihat Imam Syafie

 Assalamualaikum .

Kita adalah sahabat kpd seorang sahabat.Begitu juga sbliknya.Sunyilah hidup ini tanpa seorng sahabat.Ada kalanya,sahabat orang pertama ditemui untuk b'kongsi segala rasa suka & duka

{Sahabat yang Baik}

" Aku mncintai sahabatku dgn segenap jiwa ragaku,seakan-akan aku mencintai sanak saudaraku.Aku selalu berharap mendapat sahabat sejati yg tak luntur baik dalam keadaan suka ataupun duka.Jika itu aku dapatkan,aku akan berjanji setia padanya.


{Mecari Sahabat Setia Dalam Duka}

"Belum pernah kutemukan di dunia ini seorang sahabat yang setia dalam duka.Padahal hidupku sentiasa berputar-putar anatara suka-duka.Kalau duka melanda,aku sering bertanya.Siapakah yang sudi menjadi sahabatku? Di kala aku senang,sudah biasa bahawa banyak orang akan iri hati,namun bila giliran aku susah mereka pun bertepuk tangan"

{Menghadapi Musuh}

"Ketika aku menjadi seorang pemaaf dan tak mempunyai rasa dengki,hatiku lega,jiwaku ebas dari bara permusuhan.Ketika musuhku lewat di hadapanku,aku sentiasa menghormatinya.Semua itu kulakukan agar aku dapat menjaga diriku daripada kejahatan.Aku tampakkan keramahanku,kesopannanku dan rasa pershabatanku kepada orang2 yang kubenci,sebagaimana ku tampakkan hal itu kepada orang-orang yang ku cintai.Manusia adalah penyakit dan penyakit itu muncul apabila kita mendekati mereka.Padahal menjauhi manusia bererti memutuskan sahabat."

{Mengasingkan Diri Lebih Baik Daripada Bergaul Dengan Orang Jahat}

"Bila tak kutemukan shabat-shabat yang takwa,lebih baik aku menyendiri daripada aku harus bergaul dengan orang-orang jahat.Duduklah sendirian untuk beribadah dengan tenang adalah lebih menyenangkan daripada bersahabat dengan kawan-kawan yang mesti aku berwaspada"

{Pasang Surut Persahabatan} 

" Aku dapat bergaul secara bebas dengan orang lain ketika nasibku sedang baik.Namun ketika musibah menimpaku,kudapatkan mereka tak ubahnya roda zaman yang tak mahu bershabat dengan keadaan.Jika hidupku berlumuran kebahagian,banyak orang iri hati,jika hidupku berselimut derita mereka bersorak-sorai."


{Rosakknya Keperibadian Seseorang}

"Dalam diri manusia itu ada dua macam potensi penipuan dan rayuan.Dua hal itu seperti duri jika dipegang dan ibarat bunga jika dipandang.Apabila engkau memerlukan prtolongan mereka ,bersikaplah bagai api yang dapat membakar duri-duri itu."

{Tempat Menggantungkan Harapan}

"Apabila engkau menginginkan kemuliaan orang-orang mulia,maka dekatlah orang yang sedang membangun rumah untuk Allah.Hanya orang yang jiwa mulia dapat menjaga nama baik dirinya dan selalu menghormati tamunya,baik ketika hidup mahupun setelah mati."




Thanks sudi bace !