Assalamualaikum .
Selamat malam semua . Malam nie nak post entry pasal ibu sekali lagi. sebelum nie Wany penah post cerita nie .Tapi nak post sekali lagi . Semoga kita selalu ingat siapa yang banyak berjasa dengan kita dari kecik sampai bEsar :) Amin . .
Ini kisah sedih
seorang ibu. Takkan ada seseorang lain yang akan dapat menggantikan tempat
seseorang ibu di dunia ini. Ni cerita lama. Aku saje je cerita semula kisah
yang sedih ni.
Cerita ni dalam
bentuk luahan hati seorang anak yang kesedihan akibat kelalaian atau dengan
kata lain kederhakaannya kepada seorang ibu!
Cerita si anak.....
Ibuku buta sebelah
mata! Aku benci ibuku.. Dia amat memalukanku! Tugas harian dia ialah memasak
untuk pelajar dan guru untuk menyara keluarga kami.
Pada suatu hari
semasa di sekolah rendah, ibuku datang ke sekolah untuk bertanya khabar.
Aku sungguh malu. Mengapa
dia sanggup melakukan ini kepadaku?! Aku tidak pedulikan dia dengan menunjukkan
wajah benci kepadanya dan terus lari.
Keesokan harinya
salah seorang rakan darjah berkata, "EEEE, ibumu hanya ada satu
mata!" Ketika itu aku hanya ingin membenamkan diriku. Aku juga mahu ibuku
hilang dari hidupku! Oleh itu aku berjumpa dengannya dan berkata, "Jika
engkau hanya mahu menjadikan diriku bahan ketawa, alangkah baiknya kalau kau
mati saja?!!!"
Ibuku hanya berdiam
diri!!!
Aku tidak pun
sejenak berhenti dan berfikir akan apa yang telah aku katakan kepadanya kerana
aku tengah marah ketika itu.. Aku langsung tidak peduli akan perasaannya..
Aku ingin keluar
dari rumah itu.. Oleh itu aku belajar bersungguh-sungguh dan akhirnya dapat
melanjutkan pelajaran ke Singapura. Kemudian aku berkahwin. Aku membeli rumah
sendiri dan mendapat anak. Aku amat gembira dengan kehidupanku.
Suatu hari ibuku
datang menziarahiku. Sudah lama dia tidak berjumpa denganku dan tidak pernah
berjumpa cucunya!. Bila dia berdiri di depan pintu rumahku, anakku
mentertawakannya... Aku menjerit kepadanya, "Sanggup engkau datang ke sini
dan menakutkan anakku!"KELUAR DARI SINI SEKARANG!!!
Dengan pantas ibuku
menjawab "Maaf, Saya tersilap alamat" dan terus menghilangkan diri.
Satu hari surat
jemputan untuk perjumpaan pelajar-pelajar lama sampai ke rumahku.. Oleh itu aku
telah memberitahu isteriku yang aku akan pergi untuk urusan perniagaan..
Selepas perjumpaan
itu, aku telah pergi ke rumah usang ibuku hanya untuk ingin tahu!!!. Jiran
memberitahuku yang ibuku telah meninggal.. Aku tidak menitiskan setitik airmata
pun!!
Jiran itu telah
menyerahkan kepadaku sepucuk surat yang ibuku ingin aku membacanya..
"Anakku yang dikasihi, Ibu selalu
teringatkan kamu setiap masa.. Ibu minta maaf
kerana datang ke Singapura dan telah menakutkan anakmu. Ibu gembira kerana kamu akan datang ke perjumpaan
pelajar-pelajar lama.. Tetapi
ibu mungkin tidak dapat bangun untuk berjumpa denganmu. Ibu minta maaf kerana sentiasa memalukan kamu semasa
kamu sedang membesar.
Kamu mungkin tidak tahu.. Semasa kamu masih
kecil, kamu telah mendapat kemalangan dan hilang satu mata... Sebagai ibu,
aku tidak sanggup melihat anaknya membesar dengan satu mata... Oleh itu.. Aku memberi salah satu mataku kepada
kamu.. Aku amat
berbangga kerana anak lelakiku dapat melihat dunia ini dengan mata ibumu ini..
..Dengan kasihku kepadamu.. ..IBUMU.."
Sabda Rasullah Shallallahu `alaihi
wasallam: Dia memberitahu kamu supaya taat kepada Allah dan RasulNya sentiasa.
Selepas itu taatlah kepada ibumu kemudian ibumu kemudian ibumu kemudian ayahmu
!
No comments:
Post a Comment