Saturday 14 July 2012

SURI RUMAH



Assalamualikum . .


"Mmm.., I after STPM tak sambung belajar tapi I kahwin, Sekarang ni I jadi housewife anak empat. My hubby is manager kat sebuah syarikat kapal. I..." Mata Ikha terkulat-kulat ketika bercakap.
"Anak you mana? Lelaki, perempuan? Mesti comel dan bijak." Tanya Azira.
"Ikha...habis tu you jaga anak sepenuh masa la? Wow!" Rita pula menyampuk.
"Ikha...kenapa suara you perlahan, ceritalah lagi apa rutin harian you," Emily berminat nak tahu.
Ikha mula betulkan duduknya, dia bercerita mengenai dirinya kerana semua kawan-kawannya berminat nak tahu tapi Ikha akhirnya terdiam bila merasakan kawan-kawannya saja ingin mengambil hatinya memandangkan dia hanyalah seorang suri rumah. Ikha menunduk.
"Ikha kenapa?" Tanya Azira di sebelahnya.
"I hanyalah suri rumah berbanding you all." Muka Ikha begitu sedih.
Ikha hampir menangis tapi kawan-kawannya mula teresak-esak menangis. Mula-mula seorang kemudian seorang dan kemudian semuanya menangis. Ikha terdiam dan berasa hairan.
"Ikha, U beruntung sudah berkahwin dan ada anak. Tak macam kita orang ni, belajar tinggi tapi tak kahwin-kahwin. Sekarang ni dah jadi andartu. Duit banyak pun tak guna." Salwa yang senyap dari tadi bersuara sedu sedan.
Pada hari itu Ikha pulang ke rumah lalu terus memeluk suami dan anak-anaknya sambil menyatakan kepada mereka bahawa dia bangga menjadi seorang isteri dan suri rumah.

No comments:

Post a Comment